PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPMa - SECARA ONLINE
PENGAMBILAN SESI JAN 2015
Bookmark halaman ini
PERMOHONAN ONLINE
Permohonan Online ( KPM / KKTM / IKM )
Panduan Online (KPM / KKTM / GMI )
PAUTAN
Kolej Profesional MARA
German Malaysian Institute
Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Institut Kemahiran MARA
Universiti Kuala Lumpur
Kolej Poly-Tech MARA
Universiti Malaysia Kelantan UMK (PKS)

PERMOHONAN LEPASAN KURSUS PIP
BANTUAN TEKNIKAL
Sebarang masalah TEKNIKAL 
 emel :upim@mara.gov.my

 

MAKLUMAT AM UNIT PUSAT INSTITUSI MARA (UPIM)

Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) diwujudkan untuk menyelaraskan sepenuhnya urusan kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi-Institusi Pendidikan MARA (IPMa) secara berpusat. Pengambilan pelajar adalah sebanyak 2 kali setahun [kecuali Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PKS-UMK) hanya sekali setahun sahaja] di mana permohonan boleh mula dibuat setelah iklan dikeluarkan. Antara tugas utama UPIM adalah seperti yang disenaraikan :‑

Menyediakan panduan dan laman web bagi permohonan secara online untuk program pengajian  Persediaan, Pra-Diploma, Diploma, Higher National Diploma dan Ijazah Pertama.

Menerima dan memproses permohonan pemohon.
Menyelaras penempatan pemohon yang berjaya ke IPMa.
Mempastikan urusan kemasukan pemohon ke IPMa berjalan lancar.

Institusi-Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang terlibat dalam penyelarasan permohonan bagi program pengajian Persediaan, Pra-Diploma, Diploma, Higher National Diploma dan Ijazah pertama melalui UPIM adalah seperti berikut :‑

Kolej Profesional MARA ( KPM )
German Malaysian Institute (GMI)
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) / Institut Kemahiran MARA (IKM)
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Cawangan-Cawangannya.
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
Kolej MARA (KM) - Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PKS-UMK)

PERMOHONAN PILIHAN PROGRAM / INSTITUSI

Permohonan secara on-line hendaklah dibuat berdasarkan kelayakan pemohon mengikut kelayakan dan minat masing­-masing.

KRITERIA PEMILIHAN

Pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan berpandu kepada faktor-faktor berikut :‑

Kombinasi pencapaian subjek yang diperolehi pemohon.
Mencapai gred subjek yang ditetapkan bagi program yang dipohon.
Bilangan tempat yang disediakan mengikut program fakulti dan institusi.
Ujian Khas Kemasukan dan temuduga akan diadakan tertakluk kepada keperluan fakulti atau institusi. Pemohon-
pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk proses ujian khas atau temuduga.

TAWARAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN MARA

Pemohon yang terpilih akan dihubungi terus oleh IPMa yang dipilih, walaubagaimanapun , bagi pemohon yang tidak menerima apa-apa tawaran selepas enam (6) bulan dari tarikh permohonan bolehlah menganggap permohonan mereka gagal. Tidak ada surat menyurat dibuat mengenainya.

Pemohon berkemungkinan menerima tawaran lebih dari satu IPMa. Walau bagaimanapun, pemohoan hanya perlu menerima satu tawaran sahaja.

Amaran :
Tawaran dibuat berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon. Tawaran IPMa terbatal sekiranya didapati calon tidak memenuhi syarat kelayakan semasa melapor diri di IPMa. Dengan ini calon tidak dibenarkan mendaftar. Segala perbelanjaan berkaitan adalah tanggungjawab calon.   


TAJAAN PENGAJIAN

Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

Manakala, bagi calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPM, KKTM, IKM dan KM (PKS-UMK), yuran pengajian adalah percuma yang mana ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun pelatih akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.


KATEGORI PEMOHON

Kategori pemohon adalah berdasarkan kepada kelayakan pemohon seperti berikut :‑

Pemohon yang menggunakan keputusan SPM/SPMV / Setaraf dengannya.
Pemohon lepasan SPM dan Sijil mengikut bidang yang dipohon.
Pemohon lepasan SPM dan STPM.
Pemohon lepasan SPM dan Diploma/Higher National Diploma / Setaraf
 

PERMOHONAN BAGI PROGRAM YANG PERLU TEMUDUGA

 

Permohonan bagi program yang perlu ditemuduga akan dimaklumkan oleh IPMa yang berkaitan sekiranya layak dan akan dipanggil untuk temuduga. 
 
 

 

STATUS PERMOHONAN

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan di laman web UPIM.

 

Dibangunkan Oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) Hakcipta Terpelihara © 2012 MAJLIS AMANAH RAKYAT